Rasuah...

Rabu, 16 Jun 2010



               Gejala rasuah sekiranya tidak dibendung dapat menggugat cita-cita kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.Akta Pencegahan Rasuah mendefinisikan rasuah sebagai menerima apa-apa suapan sebagai dorongan,upah,atau galakan daripada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.Sebagai contoh,suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lesen, tanah dan sebagainya.Manakala Profesor Syed Al-Attas pula mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang mencakupi penyuapan,pemerasan dan nepotisme,iaitu merujuk kepada perlantikan saudara-mara yang tidak layak untuk sesuatu jawatan.Kronisme pula merujuk kepada peluang yang diberikan kepada penyokongnya.Gejala ini akan menyebabkan kerosakan kepentingan sesuatu institusi serta mereka yang layak.Justeru,amalan rasuah adalah korupsi yang berupaya menjatuhkan kredibiliti sesebuah negara

             Sekiranya ditinjau dari pelbagai perspektif, terdapat beberapa kesan ekoran dari gejala tersebut. Sebagai contoh undang-undang tidak dapat berfungsi kerana golongan yang memberi rasuah mampu melepasi kawalan undang-undang dengan mudah.Lantaran itu ,keadilan dan kebenaran sudah menjadi satu komoditi yang boleh di jual beli.Apabila setiap lapisan masyarakat sudah sebati dengan rasuah,negara itu akan mundur dalam semua aspek sehingga rakyat akan mula memberontak. Kejatuhan negara Georgia pada tahun 2002 telah membuktikan hakikat ini. Disamping itu, gejala ini memberi impak terhadap individu itu sendiri.Sebagai contoh masyarakat akan memandang serong terhadap individu terbabit dan mula mempertikaikan punca kepada segala harta benda yang dimilikinya. Biasanya seseorang yang dijatuhi hukuman penjara akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan,seorang pegawai kerajaan akan dilucutkan jawatannya,seorang ahli perniagaan pula akan kehilangan perniagaannya dan kepercayaan pelanggannya manakala seorang tokoh politik akan hilang kuasa dan pengaruhnya disebabkan sabitan mahkamah.

                Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini .Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

               Terdapat banyak langkah untuk mengatasi kes rasuah. Yang pertama, kerajaan haruslah menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa saeperti kes rasuah. Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah. Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka.

                Langkah yang kedua untuk mengatsi maslah kes rasuah ialahkerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing.

                 Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kes rasuah yang semakin banyak dalam negara ini. Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah. Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah. Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat.

                    Sudah terang lagi bersuluh,bahawa gejala rasuah membawa kepada keburukan. Sehubungan itu,masyarakat perlu bekerjasama dengan semua pihak bagi mengekang gejala ini terus menular dan menjadi barah yang sukar dirawat. Sebagai warganegara Malaysia,kita seharusnya menangkis segala anasir-anasir yang membawa kepada kemunduran Negara.Sekali lagi kita harus menegaskan bahawa gejala rasuah merupakan korupsi yang membebankan Negara dan masyarakat.Oleh itu sebagai Negara yang demokrasi,kita perlu seiring dalam menangani kemelut tersebut serta mengamalkan Rukun Negara secara praktikal agar bebas dalam kemelut tumbuk rusuk ini bagi menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.


0 ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails