Ulasan dari cerita Merlin

Sabtu, 6 November 2010



Nampaknya SPM semakin hampir..sekarang ni ada di rumah kakak, cuti Deepavali.bila dah tak ada di sekolah mulalah rasa malas nak study. Memang banyak betul dugaan. Huuuuh....Tapi harapnye orang lain masih lagi bersemangat untuk menghadapi SPM 2010. Ganbatte Kudasai minna san!!

Jadinye semasa berada di rumah kakak ni, mulalah cari aktiviti yang seronok dilakukan. Oleh kerana di sini cuma ada tv, laptop dan wireless(selain buku di dalam beg), jadi manfaatkan segalanya. Bukak laptop cari cerita yang menarik, terjumpa cerita Merlin. Layanlah Merlin Season 1.Post sebelum ni ada bagitahu sikit sebanyak ceritanya.
Sebenarnya apa yang menyeronokkan jalan cerita ni (setakat ni) adalah tentang hubungan Merlin dengan Arthur. Bayangkan daripada seorang rakyat biasa Merlin boleh bersahabat baik dengan Arthur seorang putera raja. Merlin ditugaskan oleh Great Dragon untuk menjaga keselamatan Arthur menggunakan kuasa magis secara tidak langsung walaupun dia tahu yang magis tidak dibenarkan di Camelot. Pelbagai adegan yang menunjukkan semangat kerjasama dan setiakawan mereka. Nilai ini sedikit sebanyak mengharukan penonton.
Merlin cuba sedaya upaya menjaga keselamatan dan menolong Arthur dari belakang walaupun kuasa magisnya tidak diiktiraf oleh semua orang. Keikhlasan Merlin jelas kelihatan apabila dia tidak mengharapkan pengiktirafan Arthur dengan kuasa magisnya, walaupun dia lebih seronok jikalau dapat menggunakan magis dengan bebas. Merlin hanya memberitahu Gaius(tok guru) tentang kejayaannya. Dalam Ep. The Poisoned Chalice pun membuktikan kesanggupan Merlin menjaga keselamatan Arthur.
Arthur pula merupakan seorang putera yang mesra rakyat. walaupun begitu keakrabannya dengan Merlin melebihi yang lain. Setiap kali Merlin melakukan perkara bodoh seperti mengaku ke'magis'annya, Arthur akan membuat dalih walaupun Merlin hanya pesuruhnya. Kepercayaan Arthur terhadap Merlin mula menebal selepas Ep Valiant.Semangat setiakawan Arthur juga jelas kelihatan selepas Merlin diracun. Walapun Arthur beranggapan dia patut menyelamatkan Merlin kerana Merlin menggadaikan nyawanya meminum racun dari Nimueh, tapi jelas kelihatan yang Arthur ingin Merlin terselamat kerana Merlin merupakan sahabat baiknya.
Pelbagai lagi adegan yang dipaparkan yang membuktikan hubungan mereka yang rapat. Nilai inilah yang menjadi rencah utama yang menyentuh hati penonton."The two of you were the both side of the same coin",-The Great Dragon-



1 ulasan:

hanif bin khairudin berkata...

x sangke pandai gak ak menulis...haha

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails