Merlin Season 3

Isnin, 20 Disember 2010

salam...


nampaknya saya memang fanatik terhadap cerita Merlin ni ye...haha. But look at the bright side. Banyak nilai yang boleh dipelajari melalui cerita ini. First sekali, saya nak komen tantang Merlin season 3 yang baru selesai ditonton dengan jayanya (tahniah x3).


Seperti yang telah di'post' sebelum ni, kisah tentang perubahan Morgana yang membawa bencana kepada Camelot. Morgana yang sebelum ini merupakan seorang yang mengambil berat tentang semua orang mula berubah menjadi seorang yang berhati kering. Mungkin kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu selain dari kakaknya, Morgause. Nampaknya saya pun sudah berhenti berharap supaya dia insaf, haha.


Antara episod yang best adalah Gwaine. Dalam episod ini Arthur dan Merlin mendapat kawan baru, Gwaine. Perkembangan ketiga-tiga watak ni boleh dilihat pada episod The Eye of The Pheonix. Kompilasi ketiga-tiga watak ini membawa kejayaan yang besar. Dalam The Sorcerer's Shadow, Merlin bertemu dengan seorang ahli sihir baru yang bernama, Gilli. Keadaannya sama seperti Merlin waktu episod pertama season 1. Dia merasa rendah diri dan cuba untuk membuktikan kehebatan dengan magik. Mujurlah Merlin berjaya memujuknya pada saat-saat terakhir.


Kemuncak Season 3 adalah episod The Coming of Arthur. Dalam episod ini, semua watak telah ditonjolkan seperti Lancelot, Gaius, Gwen dan Gwaine. Episod ini membuktikan bahawa pertolongan daripada kawan-kawan amat penting dalam menagani masalah. Episod ini juga ada kaitan dengan kata-kata Colin Morgan,"My dad always says be nice to the people on the way up because you`ll need them on the way down.". Tak sabar nak tunggu Season 4





Merlin Season 4 Preview

0 ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails